SOALAN LAZIM

1. Apakah anti-oksidan; dan bagaimana Amla dapat membantu?

Anti-oksidan adalah bahan atau khasiat dalam makanan yang mampu menghalang atau mengurangkan kerosakan yang berpunca daripada oksidasi. Semasa sel-sel tubuh badan menggunakan oksigen, secara semulajadi ia menghasilkan 'radikal bebas' yang boleh mengakibatkan gangguan atau kerosakan kepada badan. Anti-oksidan bertindak sebagai 'scavenger' yang menghalang tindakan radikal bebas itu serta membaiki kerosakan yang telah berlaku. Kerosakan akibat oksidasi adalah punca atau penggalak kepada masalah jantung, mascular degeneration, diabetes, kanser dan lain-lain penyakit merbahaya.

2. Kenapa saya perlu mengamalkan (makan/minum) Amla setiap hari?

Anda bangun dari tidur setiap hari, makan setiap hari, berinteraksi dengan alam setiap hari dan tidur semula setiap hari. Tetapi bukan setakat itu saja aktiviti anda. Sebenarnya dalam sehari kehidupan ini, anda berdepan dengan jutaan mikro organisme. Anda masih terus hidup kerana keupayaan daya tahan badan (imuniti) anda menghalang tindakan micro organisme perosak itu. Jika anda kehilangan imuniti hanya selama 1 jam, maka anda tidak wujud lagi di dunia ini! Amla merangsang, menggalak dan meningkatkan keupayaan daya tahan (imuniti) badan anda. Dengan itu semua bahagian badan anda sentiasa bersedia menghadapi serangan atau jangkitan mikro organisme yang membawa penyakit. Amla bukan saja menyelamatkan tubuh badan daripada kegagalan fungsi dalaman, malah bertindak sebagai perisai menghalang serangan mikro organisme dari luar.

3. Bolehkah / perlukah saya mengamalkan Amla sedangkan saya tidak mengidap sebarang penyakit?

Amla meningkatkan keupayaan daya tahan badan serta melambatkan proses penuaan anggota, organ dan sistem badan. Dengan mengamalkan Amla, anda dapat bebas daripada jangkitan yang menyerang anda setiap masa. Ia melindungi jantung anda daripada pelbagai masalah. Ia juga terbukti berkesan sebagai toner kepada gastro-intestinal. Oleh itu, ia amat baik untuk sistem pencernaan dan sistem perkumuhan badan anda. Sebagai sumber Vitamin C yang paling kaya, Amla adalah penyembuh terbaik bagi luka kecil yang sering terjadi tanpa perlu menjalani rawatan khusus. Amla juga membantu mengawal berat badan. Ia juga baik untuk kulit anda kerana keupayaannya menyembuhkan jerawat, eczema, ruam dan alahan. Oleh itu, walau pun anda tidak mengidap sebarang penyakit, Amla membantu anda mencegah kedatangan penyakit!

4. Rasanya masam. Tidakkah ia menghasilkan gas atau menyebabkan badan berasid?

Jawabannya ialah ... TIDAK! ... Sebaliknya, Amla diakui sebagai penawar terbaik bagi masalah berkaitan asid dalam badan. Selain itu, dari sudut 'rasa', sebenarnya Amla bukan hanya rasa masam. Ia memiliki semua rasa yang ada di dunia kecuali masin. Cubalah minum air kosong selepas makan Amla. Air kosong itu akan terasa manis! Ia bukan setakat TIDAK MERBAHAYA kepada pesakit berkaitan perut dan usus, malah sangat sesuai untuk merawat masalah itu.

 
Powered By Blogger | Portal Design By Trik-tips Blog © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top