Ibnu Sina menyenaraikan buah tumbuhan ini dalam kumpulan 64 bahan/tumbuhan yang digunakannya untuk merawat penyakit berkaitan jantung (cardiovascular diseases). Kajian lanjutan berdasarkan dokumen ulung Ibnu Sina (Al Qanoon / Canon Of Medicine) membuktikan buah ini sangat berguna untuk kesihatan otak (IQ, EQ dan  PQ), jantung, hati, paru-paru, kulit dan mata.

Kandungan khasiatnya amat bermanfaat untuk sistem peredaran darah, kualiti darah, sistem saraf, sistem pernafasan, sistem perkumuhan, metabolisme, sistem reproduktif, kawalan imbangan suhu badan dan kawalan imbangan penghasilan hormon oleh kelenjar-kelenjar badan. Ia sangat hebat sebagai agen awet muda, anti penuaan dan booster tenaga yang hebat untuk lelaki dan wanita.




Alam Melayu lebih mengenali tumbuhan ini sebagai pokok Melaka. Ia sangat terkenal dalam sejarah asal usul Negeri Melaka. Catatan sejarah menyatakan bahawa Parameswara berteduh di bawah pohon ini ketika sampai ke Semenanjung Tanah Melayu dari Temasik. Bersempena pohon inilah dia menamakan penempatan baru itu dengan nama 'Melaka'.

Pokok Melaka tumbuh subur di seluruh Malaysia terutamanya di negeri-negeri utara Semenanjung. Ia juga masih boleh ditemui di kebun dan persekitaran perkampungan tradisi negeri Pulau Pinang, Kedah, Perlis, Kelantan dan Perak Utara.

Nama lain tumbuhan berkhasiat ini ialah Amlaj (Arab), Aamla (Hindi), Amalaka (Sanskrit), Amloki (Benggali), Nellikkai (Tamil), Indian Gooseberry (Inggeris), Ma Kham Pom (Thai) dan Anmole (China).


 
Powered By Blogger | Portal Design By Trik-tips Blog © 2009 | Resolution: 1024x768px | Best View: Firefox | Top